Chapter 8: Raya Jangan Balik Kampung? Bijak!
Assalamualaikum dan selamat petang,
Hari ni tak berapa sihat. Dari
pagi hidung tersubat dan berair dan tekak rasa pedih. Badan pun rasa seram
sejuk tanda-tanda nak demam. Tapi Alhamdulillah, lepas solat Zuhur tadi salur
pernafasan rasa okay balik dan hingus pun dah kering. Harap demam tak merebak
lah. So, apa nak cerita hari ni?
Aku tengok di laman sosial sekarang
ramai yang tak berpuas hati dengan saranan pakar pengurusan kewangan, Syed
Abdul Aziz al-Qubra didalam satu program wawancara baru-baru ni yang
menyarankan supaya warga kota tidak balik beraya di kampung bagi mengawal
perbelanjaan dan mengurus kewangan. Aku pun berbulu bila dengar. Walaupun ada
betulnya saranan beliau ni, tapi dalam situasi dan konteks sekarang ini
kenyataan beliau boleh dianggap bodoh dan tidak sensitif. Ini kerana, musim
perayaan ni lah masa untuk mengeratkan silaturrahim dengan keluarga dan sanak
saudara. Tak payah cakap banyak, rasanya En Syed ni pun faham rasanya.
Image by Google |
Standby di Malam Raya
Untuk pengetahuan, aku setiap
tahun tak pernah miss beraya dengan keluarga pada hari raya pertama. Tapi tahun
ni nampak gayanya kena standby dekat ibu pejabat pada malam raya sambil dengar
Takbir Raya, sayu betul. Jadual standby dah keluar dan memandangkan aku ni
pegawai yang baru berpindah ke ibu pejabat, terpaksalah terima hakikat ni.
Apapun, cuba ikhlaskan diri demi tugas In shaa Allah, ada hikmahnya nanti.
Tapi, tak bermakna aku tak balik raya macam Syed Aziz cadang tu. Aku tetap
balik cuma pagi raya pertama tu mungkin baru bertolak ke kampung aku di
Terengganu.
Cuma masalah aku sekarang ni,
kereta masih lagi di bengkel, belum siap baiki lagi lepas kemalangan bulan
lepas. Tambah sayu aku nak memikirkan nak balik dengan apa. Nak beli tiket bas,
dengar-dengar macam dah habis. Nak tumpang abang aku, dia dah balik awal lagi. Naik
kapal terbang? Memang tak sebab harga tiket mahal. Stress betul. Maybe I should
follow Syed Aziz’s advice and stay in the city for Raya. Thinking of not going
back for Raya memang tak boleh terima. So, aku telefon bengkel tanya sempat tak
kereta aku siap sebelum Raya. Jawapan yang aku terima terus menghilangkan beban
dalam kepala otak aku ni. Dalam minggu ni aku dah boleh ambil kereta,
Alhamdulillah.
Sepuluh Malam Terakhir
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.- Al Qadr 1-3
Tapi dalam sibuk menyediakan
persiapan raya jangan kita lupa dengan ibadah puasa yang kita jalankan sekarang
ni. Tahu tak sekarang kita dah berada dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan?
Cepat betul masa berlalu aku pun tak perasan kalau tak diingatkan. Tapi apapun,
marilah kita sama-sama rebut peluang untuk dapatkan malam Lailatul Qadr yang
Allah janjikan pahala ibadat sama dengan seribu bulan. Lumayan. One more thing,
bila balik beraya ke kampung nanti tak kisah la esok ke, lusa ke, or pagi raya
macam aku nanti, berhati-hati di jalan raya okay? Assalamualaikum dan salam
sepuluh malam terakhir Ramadhan. Selamat beramal.
0 comments: