Chapter 6: Jimat RM360 + 40 Jam + Kurang Stress Dengan Yamaha Lagenda
Assalamualaikum dan selamat petang,
Alkisahnya, selepas kereta aku
kena langgar oleh kereta peguam tempoh hari dan masih di bengkel untuk dibaiki jadi
aku terpaksa berulang alik ke tempat kerja menaiki motosikal. Laluan aku adalah
dari Sentul ke Putrajaya melalui Lebuhraya MEX, mengambil masa hampir 45 minit. Tak ke kebas buntut
aku kan? Tapi nak merungut pun tak dapat apa-apa jadi tenang dan sabar lah demi
mencari rezeki orang kata.
Jimat Duit, Jimat Masa, Kurang Stress
Google Image |
Looking on the bright side, aku lebih suka menaiki motosikal ke tempat kerja sebab:
- JIMAT DUIT PETROL. Bulan lepas untuk petrol kereta sahaja aku dah spend kurang lebih dalam RM70 seminggu. Itu untuk hari bekerja sahaja ya, tak termasuk hari minggu yang aku pergi “dating” dengan Ms. Tunang atau bawak adik-adik aku keluar jalan-jalan. So, secara kasarnya untuk minyak kereta sebulan aku dah habis RM70x4 = 280. Bila aku naik motosikal, isi RM5 full tank, boleh tahan 1 ½ hari. So 3 hari RM10 jadi 5 hari bekerja secara kasar RM20 la. Jadi sebulan RM20x4= 80. Aku jimat 200 rupanya. Fuh, besar tu, boleh bayar installment lain beb!
- JIMAT DUIT TOL. Sentul Ă Putrajaya melalui Lebuhraya MEX ada dua tol. Tol Salak Selatan (RM1.50) dan Tol Putrajaya (RM2.50). Satu hari pergi balik poket aku hilang RM8, seminggu RM40, dan sebulan RM160. Ini kalau naik kereta. Sekarang naik motosikal dua-dua tol aku bypass. Free of Charge. So, aku jimat RM160 sebulan. Banyak beb!
- JIMAT MASA. Macam aku bagitahu tadi, travelling back and forth from Sentul to Putrajaya ambil masa 45 minit. Senang nak kira aku kata 1 jam. Itu kalau pergi kerja. Kalau balik kerja, katakan tepat jam 5PM aku keluar office, punch card, turun lift, start kereta, dan tayar bergolek jam 5.30PM, aku akan sampai rumah around 7.30PM in heavy traffic or 8.30PM in super congested traffic. So, kurang lebih 3 Jam. Total up back and forth aku ambil masa 4 jam sehari, 20 jam seminggu atau 80 jam sebulan. Bila naik motor pergi 1 jam, balik 1 jam, jadi 2 jam sehari. Seminggu 10 jam. Sebulan 40 jam. So, aku jimat masa 40 jam sebulan, kan?
- KURANG STRESS. Kuala Lumpur, kalau tak ada kesesakan lalulintas, bukan Kuala Lumpur namanya. Laluan aku hari-hari ikut Jalan Tun Razak, Jalan Sentul Pasar, Bulatan Pahang, MashaAllah, kalau tak satu atau dua jam terperangkap tak sah. Macam mana tak stress kan? Bila dengan motosikal, aku cilok kanan, cilok kiri, siap senyum lagi dekat pemandu-pemandu kereta yang tak bergerak tu. Kurang ajar tak? Senyum ja beb! Tapi kena hati-hati sebab risiko penunggang motosikal untuk terlibat dengan kemalangan tinggi.
In a nutshell, aku dapat berjimat
banyak dengan menunggang motosikal. Ini
aku ringkaskan, penjimatan aku dalam tempoh sebulan dengan menunggang motosikal
ke tempat kerja.
RM200 (Duit Minyak) + RM160 (Duit Tol) + 40 Jam (Masa Perjalanan) + Kurang Stress
= RM 360 + 40 Jam + Kurang Stress SEBULAN. WOW!! Jimat Habis!
Hujan Itu Rahmat
Jadi, aku rasa betul lah kata-kata setiap ujian dan kesusahan yang Allah berikan, ada hikmah disebaliknya. Di sebalik kejadian kemalangan yang terjadi tempoh hari, hikmahnya aku dah jimat dari banyak aspek. Alhamdulillah. Sebaik-baik perncang adalah Allah SWT. Cuma bila menunggang motosikal kena sediakan baju hujan la in case hujan kan. Kadang-kadang itu yang tak best bila naik motosikal tapi anggaplah hujan tu rahmat, tak ke kau bersyukur pergi kerja dicucuri rahmat dari Allah. Berdoa banyak-banyak masa hujan tu supaya dapat banyak rezeki kan?
Kenapa Tak Beli Motor Besar?
Ducati : Google Image |
Semalam dalam lepas habis waktu pejabat, dalam elevator aku bagitahu Pegawai aku ni sekarang aku datang dan balik kerja naik motosikal. Boleh pulak dia cakap "Beli lah motor besar satu," motosikal berkuasa tinggi maksud dia, siap sebut jenama dan model yang aku pun dah lupa apa dia. Aku hanya tersengeh kerang busuk, dalam hati menjawab "pakai motorsikal kecil yang tak power ni pun saya dah jimat banyak, Tuan.." So, pelajarannya, jangan nak ikut sangat kehendak tapi fikirkan apa keperluannya. Panjang dah ni, Assalamualaikum...
0 comments: