Chapter 7: Sunquick Penawar Kencing Manis? Biar Betul..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alkisahnya, lagi beberapa bulan
aku bakal menjadi suami kepada seseorang.
Sekarang ini tengah sibuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan kerja
nikah kahwin. Kad kahwin dah hampir siap mungkin raya ni dah boleh edar, dewan
sudah tempah, baju sanding dah booking, tapi kursus kahwin belum pergi lagi! HIV
test belum buat lagi! Parah. In shaa Allah lepas raya ini akan aku selesaikan
sebab itu yang penting sebenarnya. Harap semua berjalan dengan baik dan lancar.
Amin.
Iftar Bersama Keluarga
Jadi, bagi melancarkan persiapan
kahwin dan majlis “sambut menantu”, hujung minggu lepas aku balik ke kampung untuk
sesi perbincangan dengan Mek dan Abah aku. Kak Long, Uda, dan anak buah aku
Alif Syafik pun ikut sekali balik. Alhamdulilllah walaupun balik sekejap hujung
minggu kami sempat berbuka puasa bersama dengan keluarga di restoren seafood. Aku sebenarnya tak suka
sangat berbuka di luar sebab teringin nak makan masakan Mek aku tapi disebabkan
Abah dah lama berhajat nak belanja kami berbuka puasa aku ikutkan sahaja. Dah
macam terbalik sepatutnya anak yang perlu belanja mak ayah makan kan? In shaa
Allah next time it would be on me.
Iftar dengan Big Momma dan Big Boss |
Aku juga sempat melawat nenek aku
yang sekarang ini menetap di Pondok AsSyakirin. Alhamdulillah dia sihat dan
boleh berpuasa dan mengikuti solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan ni. Kebetulan
hari yang aku pergi melawat dia, dia nak pergi ke hospital untuk konsultasi dan
sambung bekalan ubat-ubatan. Walaupun masa terhad dan aku kena balik ke Kuala
Lumpur pada hari tu, tapi aku luangkan masa hantar nenek ke hospital. Ye la,
masa dulu aku kecil nenek boleh bawa aku ke hospital masa aku demam, tak kan
nenek nak pergi hospital sekejap aku tak boleh teman kan? Jangan jadikan alasan
kita sibuk dengan urusan kerja untuk kita tidak ambil berat tentang keluarga
kita. Pesanan untuk diri sendiri juga.
Kisah Lucu Sunquick
Masa aku melawat nenek, sepupu
Mek, Mak Jan ada sekali kat sana. Uda tanya la dia dari mana nak ke mana. Dia
cakap dia datang dari kedai beli SunQuick. Katanya SunQuick boleh dibuat ubat
kencing manis. Hah? Tergelak sakan adik aku tu bila dengar. Ye la, dulu masa
arwah atuk ada, SunQuick tu la benda yang paling pantang dalam rumah sebab
tinggi kandungan gulanya. Tak bagus untuk pesakit diabetes. Siapa lah yang
punya akal bagitahu mak sepupu aku tu SunQuick boleh buat ubat kencing manis.
Dah dua botol besar pula tu dia dah makan. Sabar ja la.
Baju Tema Sedondon?
Sambung cerita hal kahwin tadi,
Mek tanya keluarga aku nanti masa majlis resepsi nak pakai warna tema apa? Soalan
yang agak susah bagi keluarga aku sebab kami tak pernah ada warna tema untuk
pakaian. Waktu hari raya tak pernah, masa kahwin kakak dan abang aku sebelum ni
pun tak pernah. Aku pun tak kisah sebenarnya, tapi kata Mek kata dia nak kali ni
kami sekeluarga pakai sedondon untuk majlis resepsi aku nanti. Jadi kami putuskan
untuk pakai warna purple untuk sebelah keluarga aku. Apapun aku Cuma berharap
semuanya nanti berjalan lancar. Doakan yang terbaik untuk kami ya.
Assalamualaikum…
Salam ukhwah dari Bunda....baca tajuk pun dah xcited dah...
ReplyDeleteSalam ukhwah juga Bunda. Selamat datang ke blog saya. Saya dah lawat and follow teratak Bunda, mak aih, banyak makanan sedap2 tu....kurus puasa ni. haha..
DeleteSelamat pengantin baru tak lama lagi...semoga dipermudahkan kerja kahwin nanti...
ReplyDeleteaamiin...
Terima kasih follow Teratak Bunda...
Still belum berkesempatan iftar with family Ramadhan kali ni huhu..
ReplyDeleteJom terjah : Bukti GST Naikkan harga barang!
In shaa Allah...ada kelapangan balik lah. Hehe..
DeleteThanks for coming Mr Khalid!!
wah nak kawenn.. selamat pengantin baru in advance
ReplyDelete@Razfira
DeleteThanks very much...semoga smua berjalan lancar!!
Thanks for coming here.