Chapter 1: "Drama Realiti" Sisi Baru Filem Malaysia

15:47 Unknown 0 Comments

The Cage: 3.5 Stars

Assalamualaikum,
Semalam merupakan hari pertama filem Mandarin, The Cage ditayangkan di pawagam. Aku berkesempatan pergi ke panggung GSC untuk menonton filem ini Filem yang bergenre thriller pembunuhan berkonsepkan drama realiti arahan dua pengarah berbakat ini memaparkan sisi gelap dunia perfileman di mana genre yang diketengahkan oleh Felix Tan dan Kesthvin Chin ini merupakan yang pertama seumpamanya yang telah diangkat ke layar perak. For me, the whole experimental idea of the film is really fresh and different. Walaupun karya "survival"  atau "the last man stand" ini bukanlah asing dalam dunia perfileman, namun gabungan aksi thriller dan misteri serta pentas teater menjadikan filem ini, pada pandangan aku, memang berlainan dari filem-filem mainstream pada masa sekarang. It's like you're watching a play in a movie. 

Tambah menariknya, filem ini dikatakan  diarah tanpa sebarang skrip, plot jalan cerita, dan tiada retakes. Pelakon-pelakon juga tidak tahu siapakah watak utama dan bagaimana cerita tersebut berakhir. Are you kidding me? It must be difficult for both actors and the directors. Every ten minutes, one the people who are caged will be killed and the actors themselves have no idea whose turn it would be. This is crazy, it's like you're living a real murder case. That's the reason why some of the actors/actresses have genuine expression and emotion. 

Deathly Theater
Walaupun filem ini mampu diangkat sebagai sebuah filem experimental yang unik, namun bagi aku penghayatan dan luahan perasaan beberapa pelakon seakan-akan tidak sampai kepada penonton. Aku memang tidak kenal kebanyakan pelakon berbangsa Cina di Malaysia, but I do recognized Kyo Chong and Yeo Yann Yann. The appeared in local Chinese dramas. Yeo Yann Yann dan Chua Pei Xuan yang melakonkan watak sebagai kakak kepada Wei (lakonan Kyo) menjiwai watak dengan baik dan memberikan impak yang sangat besar kepada filem ini secara keseluruhannya. Watak-watak lain kelihatan kadang kala agak kaku dan ada beberapa watak yang mati terlalu awal tanpa sebarang impak kepada penonton. Pengarah juga seakan terlepas pandang reaksi lebih daripada 500 orang penonton yang berada di dalam teater tersebut yang menyaksikan "The Deadly Theater" ni kerana sepanjang 91 minit durasi filem ini, lensa kamera seakan-akan mengabaikan mereka ini, which were part of the movie as well. It should have exclamations, murmuring, gasping, uuuuuing..and ahhhhing, from the audience during the play for more dramatic effects.

The Cage merupakan sisi baru kepada industri perfileman di Malaysia, dengan adanya idea-idea baru dari pengarah berbakat seperti ini menjadikan filem Malaysia keluar dari kepompong statiknya. Sesiapa yang belum lagi menyaksikan filem ni, aku recommend korang pergi ke pawagam, because this movie is worth your 10 ringgit and 91 minutes. Have a great weekend, Assalamualaikum.


0 comments: