Chapter 2: 6.0 Skala Ritcher, Sabah Bergegar

16:54 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum, 

Sesungguhnya ujian dari pada Allah datang dalam pelbagai bentuk. Kata orang kadang-kadang kita leka dengan dunia dan Allah mengingatkan dalam bentuk ujian. Pagi tadi terbaca status rakan-rakan yang berada di Sabah tentang gegaran yang berlaku akibat gempa bumi yang mencecah bacaan 6.0 pada skala Rithcher. I was in Sabah for a year and a half, but nothing like this happened during my stay. Jadi, bila mendapat tahu keadaan yang berlaku di sana, apa yang mampu cuma mendoakan keselamatan semua yang terlibat.  

A Moderate earthquake has occurred at 07:15am 05/06/15,6.1N 116.6E with Magnitude 5.9 and Depth 54km, Borneo. 16km northwest of Ranau, Sabah.Tremors felt in Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah. MMD


Rakan di Sabah melalui whatsapp juga berkongsi satu video amatur yang di rakam oleh orang awam yang panik apabila melihat runtuhan sebuah gunung. I am not sure whether it is Gunung Kinabalu or not, but the sound of the collapsing mountain put me in a shear terror. But based on the report on the net and news there is no casualty reported so far. Cuma, pendaki-pendaki masih lagi terperangkap di Gunung Kinabalu sedang menunggu untuk diselamatkan. Difahamkan mereka kini berada dalam keadaan keletihan, panik, dan dehydrated. Tetapi pihak berkuasa dan pasukan penyelamat terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang berusaha membantu mereka. 

Letusan Gunung Berapi di Indonesia

Letusan Gunung Berapi Sinabung, Indonesia
Sumber mstar.com

Menurut sumber lain, gegaran sederhana yang di alami di beberapa bahagian di Sabah ini adalah kesan daripada letusan gunung berapi Sinabung di Indonesia. I heard the news of the volcano eruption earlier this morning on fly.fm while travelling to my workplace. Kalau kita baca laporan yang dikeluarkan oleh Unit Geologi Indonesia, sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter dari aras laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil dan mempunyai gejala untuk meletus bila-bila masa. I am not so sure whether these two cases are related or not, but I hope that our brothers and sisters either in Sabah or Indonesia, will be okay. 

Pelancong Berbogel di Puncak Kinabalu

Sumber: Harian Metro

Ironinya, beberapa hari yang lepas kita terbaca mengenai insiden pendaki warga asing yang tanpa segan silu berbogel di puncak Gunung Kinabalu sehingga menimbulkan rasa kurang senang masyarakat tempatan. Jadi, kalau aku kata, Allah marah dan mahu memberi peringatan melalui gegaran ini kepada kita, itu memang betul. Jadi, sama-samalah kita muhasabah dan kembali mengingati Allah kalau kita selama ini lalai. Pesanan ini untuk diri sendiri juga.

Apapun, kita semua berdoa semoga usaha-usaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang tersadai di Gunung Kinabalu berjalan lancar dan dipermudahkan. Diharapkan kawan-kawan dan semua yang terlibat secara langsung dalam kes bencana ini dapat bersabar dan bertenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah. 


0 comments: