Chapter 5: Aku Jadi Qari?

15:51 Unknown 2 Comments

Assalamualaikum, salam Ramadhan.

Sabda Nabi SAW., "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf." (HR. Tirmidzi)

Bila datang bulan Ramadhan, kita sebagai umat Islam sangat-sangat gembira kan? Bukan hanya setakat dapat pergi bazar Ramadhan dan makan juadah berbuka yang sedap-sedap, tapi juga gembira sebab bulan inilah kita akan dapat melipat gandakan amalan kita kerana Allah dah janjikan reward yang berlipat ganda dan tawaran yang extra special untuk amalan di bulan mulia ni. Aktiviti seperti solat sunat Tarawih, dan tadarus al-Quran membuatkan pesta amalan ini menjadi tambah meriah. 

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”. (QS. 96: 1)

Tadarus Zaman Universiti

Alhamdulillah tahun ni aku ikut bertadarus bersama-sama dengan pegawai-pegawai di pejabat. Memanfaatkan waktu senggang sebelum azan Zuhur, kami bacalah al-Quran tak dapat habiskan banyak lembar pun tak apa sebab yang penting istiqamah. dan menghayati makna tadarus itu sendiri iaitu membaca, menelaah, merenung dan memahami ayat-ayat al-Quran. So, khatam berapa kali pun kalau kita tidak mendalami maksud kalam Allah tu, tak tercapai juga matlamat tadarus tu kan? Tapi kalau kita ambil inisiatif untuk membaca pun itu dah dikira sebagai ibadah.  

Teringat pula aku dengan kawan di universiti dulu, nama dia Azahiri. Dia jadi kawan aku bertadarus masa tu tapi biasalah aku ni jenis yang kurang istiqamah. Awal-awal tu masih ok, tapi bilah dah sampai tengah-tengah Ramadhan menuju ke hujung, penyakit malas mula la menyerang aku. Tapi dia, mungkin dia teruskan tanpa aku rasanya. Tempoh hari pun sempat bertegur di whatsapp, ada juga dia tanya secara berseloroh aku nak ajak dia bertadarus ka? Aku terus tersengeh kerang busuk. 

Tarannum, Seni Lagu Al-Quran

Baiklah, nak dijadikan cerita semalam lepas selesai bertadarus aku meneruskan kerja macam biasa. Then, officemate aku yang turut bertadarus bersama datang bertanya aku ni biasa baca al-Quran ka? Aku jawablah biasa. Lepas tu dia tanya "pernah masuk pertandingan tilawah?" aku pun jawablah tak pernah walaupun aku pernah masuk sekali masa sekolah rendah dulu dan menang hadiah saguhati sahaja. Aku pun tanya lah dia kenapa tiba-tiba dia tanya. Dia bagitahu jabatan tengah cari calon qari untuk wakil ibu pejabat menyertai pertandingan Tilawah alQuran peringkat jabatan. Aku pun tersengeh kerang busuk lagi sekali. 

Bukan tak mahu, tapi bacaan alQuran untuk pertandingan ni kena ada Tarannum atau seni lagu bacaan ayat-ayat Quran. So, aku pun terus terang la cakap aku tak pernah belajar Tarannum, nanti Bayyati jadi Soba, Soba jadi Hijaz, melingkup aku. Masa aku wakil sekolah dulu tu pun, yang menang saguhati tu sebab aku tak ada asas Tarannum la tu. Masa tu ustaz aku, Ustaz Raja Mahmud cuba jugak ajar aku tapi bukan senang nak master seni Tarannum dalam tempoh masa yang singkat. Bacaan aku, Alhamdulillah baik tapi dari segi tajwid sahaja sebab masa aku berguru dengan  Nenek aku dulu tajwid yang betul memang sangat ditekankan. 

Nenekku Tok Guru Quran

Baik, nak cerita jugak nenek aku dulu guru Quran tau. Kami 8 orang adik beradik daripada kak long sampai la adik aku yang bongsu masa tu semua belajar mengaji dengan nenek di rumah. Bukan kami sahaja, kebanyakan kawan-kawan sepermainan aku dan makcik-makcik yang tinggal berhampiran dengan rumah ramai yang khatam Quran dengan nenek. Harap-harap ilmu Quran yang nenek ajar tu kami semua amalkan. Nenek pun dapat pahala walaupun selepas dia meninggal dunia nanti. In shaa Allah. 

Jadi jom kita sama-sama ambil kesempatan di bulan mulia ni untuk bertadarus dan meningkatkan amal ibadat kita dan mudah-mudahan kita istiqamah walaupun dah habis bulan Ramadhan ya. Assalamualaikum dan selamat berbuka.. 

2 comments:

  1. Salam.

    Seronok baca entry nie. Sampai tak tahu nak komen apa sbb diri ini sgt hina & keji selalu sgt buat kemaksiatan & dosa. huhu.. Allahuakhbar.

    Tok Wan aku pun ajar mengaji juga haritu. Adik beradik, sepupu semua mengaji dgn dia. Bekeng ngat dia.. Siap kalau salah tunjuk, dia nak cocoh mata lagi. Takut. Alhamdulillah khatam jugak Al-Quran. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Hahaha, smua org penah buat dosa tapi pintu tobat Allah buke sokmo. Hahahaha...

      Haha. Ganah ngat Tok Wan.. Nenek aku paling pung bedal lantai ja ngan rotan dia. Hahaha...Btw, you're my first follower!!! Dah lama org ganu, nama pun dekat2..bahahaha

      Delete