Quickie 5: Mencapai Produktiviti Puncak

Assalamualaikum dan selamat petang.

Sumber Google Images

Aku baru sahaja selesai membaca satu artikel motivasitulisan James Clear dari satu newsletter yang aku terima dari salah satu website motivasi yang aku subcribed. Reading this article, make me realized that to achieve something big, you don't have to start with big step. Langkah yang kecil, ringkas dan terancang serta konsisten adalah lebih penting. Kita selalu dengar perkataan "procrastinate" betul tak? Maksud perkataan ini nak translate dalam bahasa melayu agak susah. Tapi aku bagi satu situasi. Kau datang kerja, dan kau tengok banyak kerja yang urgent yang kau kena buat, tapi ko kata tak apa la nanti buat. Sementara tu kau sibuk check notifications facebook, intagram, twitter, wechat, whatsapp, dan semua aplikasi laman sosial  yang kau ada. Kemudian kau sedar dah habis waktu bekerja and kau balik. Erti kata lain kau tidak produktif, buat kerja last minit. Aku pun memang setiap hari duduk procrastinate di pejabat.


Jadi dalam artikel yang aku baca ni, James Clear bercerita macam mana seorang jutawan bernama Schwab bertanya kepada Ivy Lee, seorang ahli perniagaan yang berjaya “Show me a way to get more things done.” Jadi ini merupakan 5 langkah mudah yang Ivy Lee kongsi bersama Schwab yang dinamakan sebagai "Ivy Lee Method". 

1.   Setiap hari di hujung waktu bekerja, senaraikan 6 perkara paling penting yang kau kena capai pada keesokannya. Jangan senaraikan lebih dari 6. 
2.   Susun senarai mengikut kepentingan dan yang mana kau kena selesaikan dahulu. 
3.  Datang kerja esok, kau fokus kepada task yang pertama sahaja. Buat sehingga siap sebelum beralih task yang kedua. 
4.  Lakukan tugas-tugas ini dalam turutan tersebut. Mana-mana tugas yang tak sempat disiapkan, kau senaraikan untuk hari esok pulak. 
5.   Ulang proses ini untuk setiap hari kau bekerja. 

Baca artikel penuh di JamesClear.com

Aku rasa, cara ini mudah dan efektif cuma Ivy Lee patut bagi kita kena jauhkan semua anasir-anasir luar iaitu android dan iPhone, baru sangat-sangat berkesan. Lagi senang, disable sambungan internet. Boleh? Ada berani? Confirm kau orang akan cakap, macam mana nak cari maklumat untuk buat kerja kalau tak ada internet? Alasan yang munasabah tapi selalunya ada maksud yang lain. Betul tak? Apapun selamat bekerja, dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Assalamualaikum...


Chapter 8: Raya Jangan Balik Kampung? Bijak!

Assalamualaikum dan selamat petang,

Hari ni tak berapa sihat. Dari pagi hidung tersubat dan berair dan tekak rasa pedih. Badan pun rasa seram sejuk tanda-tanda nak demam. Tapi Alhamdulillah, lepas solat Zuhur tadi salur pernafasan rasa okay balik dan hingus pun dah kering. Harap demam tak merebak lah.  So, apa nak cerita hari ni?

Aku tengok di laman sosial sekarang ramai yang tak berpuas hati dengan saranan pakar pengurusan kewangan, Syed Abdul Aziz al-Qubra didalam satu program wawancara baru-baru ni yang menyarankan supaya warga kota tidak balik beraya di kampung bagi mengawal perbelanjaan dan mengurus kewangan. Aku pun berbulu bila dengar. Walaupun ada betulnya saranan beliau ni, tapi dalam situasi dan konteks sekarang ini kenyataan beliau boleh dianggap bodoh dan tidak sensitif. Ini kerana, musim perayaan ni lah masa untuk mengeratkan silaturrahim dengan keluarga dan sanak saudara. Tak payah cakap banyak, rasanya En Syed ni pun faham rasanya.

Image by Google
Standby di Malam Raya

Untuk pengetahuan, aku setiap tahun tak pernah miss beraya dengan keluarga pada hari raya pertama. Tapi tahun ni nampak gayanya kena standby dekat ibu pejabat pada malam raya sambil dengar Takbir Raya, sayu betul. Jadual standby dah keluar dan memandangkan aku ni pegawai yang baru berpindah ke ibu pejabat, terpaksalah terima hakikat ni. Apapun, cuba ikhlaskan diri demi tugas In shaa Allah, ada hikmahnya nanti. Tapi, tak bermakna aku tak balik raya macam Syed Aziz cadang tu. Aku tetap balik cuma pagi raya pertama tu mungkin baru bertolak ke kampung aku di Terengganu.

Cuma masalah aku sekarang ni, kereta masih lagi di bengkel, belum siap baiki lagi lepas kemalangan bulan lepas. Tambah sayu aku nak memikirkan nak balik dengan apa. Nak beli tiket bas, dengar-dengar macam dah habis. Nak tumpang abang aku, dia dah balik awal lagi. Naik kapal terbang? Memang tak sebab harga tiket mahal. Stress betul. Maybe I should follow Syed Aziz’s advice and stay in the city for Raya. Thinking of not going back for Raya memang tak boleh terima. So, aku telefon bengkel tanya sempat tak kereta aku siap sebelum Raya. Jawapan yang aku terima terus menghilangkan beban dalam kepala otak aku ni. Dalam minggu ni aku dah boleh ambil kereta, Alhamdulillah.

Sepuluh Malam Terakhir

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.- Al Qadr 1-3


Tapi dalam sibuk menyediakan persiapan raya jangan kita lupa dengan ibadah puasa yang kita jalankan sekarang ni. Tahu tak sekarang kita dah berada dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan? Cepat betul masa berlalu aku pun tak perasan kalau tak diingatkan. Tapi apapun, marilah kita sama-sama rebut peluang untuk dapatkan malam Lailatul Qadr yang Allah janjikan pahala ibadat sama dengan seribu bulan. Lumayan. One more thing, bila balik beraya ke kampung nanti tak kisah la esok ke, lusa ke, or pagi raya macam aku nanti, berhati-hati di jalan raya okay? Assalamualaikum dan salam sepuluh malam terakhir Ramadhan. Selamat beramal. 

Chapter 7: Sunquick Penawar Kencing Manis? Biar Betul..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alkisahnya, lagi beberapa bulan aku bakal menjadi suami kepada seseorang.  Sekarang ini tengah sibuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan kerja nikah kahwin. Kad kahwin dah hampir siap mungkin raya ni dah boleh edar, dewan sudah tempah, baju sanding dah booking, tapi kursus kahwin belum pergi lagi! HIV test belum buat lagi! Parah. In shaa Allah lepas raya ini akan aku selesaikan sebab itu yang penting sebenarnya. Harap semua berjalan dengan baik dan lancar. Amin.

Iftar Bersama Keluarga

Jadi, bagi melancarkan persiapan kahwin dan majlis “sambut menantu”, hujung minggu lepas aku balik ke kampung untuk sesi perbincangan dengan Mek dan Abah aku. Kak Long, Uda, dan anak buah aku Alif Syafik pun ikut sekali balik. Alhamdulilllah walaupun balik sekejap hujung minggu kami sempat berbuka puasa bersama dengan keluarga di restoren seafood. Aku sebenarnya tak suka sangat berbuka di luar sebab teringin nak makan masakan Mek aku tapi disebabkan Abah dah lama berhajat nak belanja kami berbuka puasa aku ikutkan sahaja. Dah macam terbalik sepatutnya anak yang perlu belanja mak ayah makan kan? In shaa Allah next time it would be on me.

Iftar dengan Big Momma dan Big Boss

Aku juga sempat melawat nenek aku yang sekarang ini menetap di Pondok AsSyakirin. Alhamdulillah dia sihat dan boleh berpuasa dan mengikuti solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan ni. Kebetulan hari yang aku pergi melawat dia, dia nak pergi ke hospital untuk konsultasi dan sambung bekalan ubat-ubatan. Walaupun masa terhad dan aku kena balik ke Kuala Lumpur pada hari tu, tapi aku luangkan masa hantar nenek ke hospital. Ye la, masa dulu aku kecil nenek boleh bawa aku ke hospital masa aku demam, tak kan nenek nak pergi hospital sekejap aku tak boleh teman kan? Jangan jadikan alasan kita sibuk dengan urusan kerja untuk kita tidak ambil berat tentang keluarga kita. Pesanan untuk diri sendiri juga.


Kisah Lucu Sunquick

Masa aku melawat nenek, sepupu Mek, Mak Jan ada sekali kat sana. Uda tanya la dia dari mana nak ke mana. Dia cakap dia datang dari kedai beli SunQuick. Katanya SunQuick boleh dibuat ubat kencing manis. Hah? Tergelak sakan adik aku tu bila dengar. Ye la, dulu masa arwah atuk ada, SunQuick tu la benda yang paling pantang dalam rumah sebab tinggi kandungan gulanya. Tak bagus untuk pesakit diabetes. Siapa lah yang punya akal bagitahu mak sepupu aku tu SunQuick boleh buat ubat kencing manis. Dah dua botol besar pula tu dia dah makan. Sabar ja la. 

Baju Tema Sedondon? 

Sambung cerita hal kahwin tadi, Mek tanya keluarga aku nanti masa majlis resepsi nak pakai warna tema apa? Soalan yang agak susah bagi keluarga aku sebab kami tak pernah ada warna tema untuk pakaian. Waktu hari raya tak pernah, masa kahwin kakak dan abang aku sebelum ni pun tak pernah. Aku pun tak kisah sebenarnya, tapi kata Mek kata dia nak kali ni kami sekeluarga pakai sedondon untuk majlis resepsi aku nanti. Jadi kami putuskan untuk pakai warna purple untuk sebelah keluarga aku. Apapun aku Cuma berharap semuanya nanti berjalan lancar. Doakan yang terbaik untuk kami ya. Assalamualaikum…

Quickie 5: 5 Fakta Rambang Tentang Alhafizol

Assalamualaikum dan selamat petang,

Hari ini aku akan tulis post yang pendek sahaja since I don'y have much time to write a long chapter. Jadi aku panggil segmen ni Quickie 5! Konon nak jadikan trademark untuk blog aku ni la. So, for today's Quickie 5 aku nak bagi beberapa fakta rambang tentang diri aku, so boleh la orang kenal aku sikit-sikit kan? So here we go! 


  1. Aku tak pernah tahu idea siapa yang bagi nama Alhafizol, sama ada mak aku atau arwah ayah. Tapi kalau tak silap arwah ayah pernah bagitahu kawan dia yang kawan dia yang kami panggil Ayah Ku yang cadangkan. Dulu Ayah Ku selalu sambung nama aku macam ni.. "Che Alhafizol ala Tho'ah wal Jumaah". Siapa-siapa yang ada masters Bahasa Arab tolong translate. Tapi, I love my name since it sounds Arabic.. "Alhafizol" .
  2. Mak dengan ayah aku bercerai masa aku umur 8 atau 9 tahun, aku pun tak ingat. Arwah ayah tak pernah kahwin lain until he passed away (RIP Alfatihah) dan mak kahwin dengan ayah tiri aku. Hasil perkahwinan mak dengan abah dapat adik lelaki aku seorang. Ayah tiri garang tak? Tak pun sebab anak-anak tiri lagi garang. Gurau ja, we're great! I love them all. 
  3. Dari sekolah rendah sampai tingkatan lima, aku tak pernah dapat tempat lebih dari nombor 3. Setiap tahun naik stage ambil hadiah. Tapi masa peperiksaan akhir tahun darjah 2 aku dapat nombor 4 so tak dapat naik stage antara 3 terbaik. Kecewa sangat masa tu. Tadi kata tak pernah dapat lebih dari nombor 3...bulan puasa pun nak menipu. Ampun..
  4. Cinta monyet, first dengan budak manja depan umah main post-post surat letak bedak. Lepas tu masa tingkatan 3 dengan budak kelas sebelah. Semua tak serious. Masuk zaman universiti masa tahun akhir aku berkawan dengan girl bioperubatan, brilliant student dia tu, tapi putus sebelum graduate. Aku dengar dia nak kahwin tahun ni, Alhamdulillah. Aku pun tahun ni akan berkahwin dengan tunang tersayang. Doakan ya. Jodoh itu rahsia Allah kan? 
  5. Lastly, aku dibesarkan oleh seorang tukang kayu (my late grandfather) dan penoreh getah (my grandmother) sejak dari mak dengan ayah aku bercerai sampai lah aku dapat masuk universiti. My grandfather passed away more than ten years ago due to diebetes and my grandmother is still alive but her asthmatic attack is getting worse these days. Semoga Allah merahmati kedua-duanya. 
Pergilah ke mana pun seperti burung, tapi jangan lupa asal-usul


Apa yang quickie-nya? Macam panjang juga post ni. I'm sorry, syok menaip sampai terlupa ini segmen Quickie 5. Tak apa, kita jumpa in the next Quickie 5 ya. Assalamualaikum. 


Chapter 6: Jimat RM360 + 40 Jam + Kurang Stress Dengan Yamaha Lagenda

Assalamualaikum dan selamat petang,

Alkisahnya, selepas kereta aku kena langgar oleh kereta peguam tempoh hari dan masih di bengkel untuk dibaiki jadi aku terpaksa berulang alik ke tempat kerja menaiki motosikal. Laluan aku adalah dari Sentul ke Putrajaya melalui Lebuhraya MEX, mengambil masa hampir 45 minit. Tak ke kebas buntut aku kan? Tapi nak merungut pun tak dapat apa-apa jadi tenang dan sabar lah demi mencari rezeki orang kata. 

Jimat Duit, Jimat Masa, Kurang Stress

Google Image
Looking on the bright side, aku lebih suka menaiki motosikal ke tempat kerja sebab:
  1.  JIMAT DUIT PETROL. Bulan lepas untuk petrol kereta sahaja aku dah spend kurang lebih dalam RM70 seminggu. Itu untuk hari bekerja sahaja ya, tak termasuk hari minggu yang aku pergi “dating” dengan Ms. Tunang atau bawak adik-adik aku keluar jalan-jalan. So, secara kasarnya untuk minyak kereta sebulan aku dah habis RM70x4 = 280. Bila aku naik motosikal, isi RM5 full tank, boleh tahan 1 ½ hari. So 3 hari RM10 jadi 5 hari bekerja secara kasar RM20 la. Jadi sebulan RM20x4= 80. Aku jimat 200 rupanya. Fuh, besar tu, boleh bayar installment lain beb!
  2. JIMAT DUIT TOL. Sentul à Putrajaya melalui Lebuhraya MEX ada dua tol. Tol Salak Selatan (RM1.50)  dan Tol Putrajaya (RM2.50). Satu hari pergi balik poket aku hilang RM8, seminggu RM40, dan sebulan RM160. Ini kalau naik kereta. Sekarang naik motosikal dua-dua tol aku bypass. Free of Charge. So, aku jimat RM160 sebulan. Banyak beb!
  3.  JIMAT MASA. Macam aku bagitahu tadi, travelling back and forth from Sentul to Putrajaya ambil masa 45 minit. Senang nak kira aku kata 1 jam. Itu kalau pergi kerja. Kalau balik kerja, katakan tepat jam 5PM aku keluar office, punch card, turun lift, start kereta, dan tayar bergolek jam 5.30PM, aku akan sampai rumah around 7.30PM in heavy traffic or 8.30PM in super congested traffic. So, kurang lebih 3 Jam. Total up back and forth aku ambil masa 4 jam sehari, 20 jam seminggu atau 80 jam sebulan. Bila naik motor pergi 1 jam, balik 1 jam, jadi 2 jam sehari. Seminggu 10 jam. Sebulan 40 jam. So, aku jimat masa 40 jam sebulan, kan?
  4. KURANG STRESS. Kuala Lumpur, kalau tak ada kesesakan lalulintas, bukan Kuala Lumpur namanya. Laluan aku hari-hari ikut Jalan Tun Razak, Jalan Sentul Pasar, Bulatan Pahang, MashaAllah, kalau tak satu atau dua jam terperangkap tak sah. Macam mana tak stress kan? Bila dengan motosikal, aku cilok kanan, cilok kiri, siap senyum lagi dekat pemandu-pemandu kereta yang tak bergerak tu. Kurang ajar tak? Senyum ja beb! Tapi kena hati-hati sebab risiko penunggang motosikal untuk terlibat dengan kemalangan tinggi.

In a nutshell, aku dapat berjimat banyak dengan menunggang  motosikal. Ini aku ringkaskan, penjimatan aku dalam tempoh sebulan dengan menunggang motosikal ke tempat kerja.

RM200 (Duit Minyak) + RM160 (Duit Tol) + 40 Jam (Masa Perjalanan) + Kurang Stress
= RM 360 + 40 Jam + Kurang Stress SEBULAN. WOW!! Jimat Habis!


Hujan Itu Rahmat

Jadi, aku rasa betul lah kata-kata setiap ujian dan kesusahan yang Allah berikan, ada hikmah disebaliknya. Di sebalik kejadian kemalangan yang terjadi tempoh hari, hikmahnya aku dah jimat dari banyak aspek. Alhamdulillah. Sebaik-baik perncang adalah Allah SWT. Cuma bila menunggang motosikal kena sediakan baju hujan la in case hujan kan. Kadang-kadang itu yang tak best bila naik motosikal tapi anggaplah hujan tu rahmat, tak ke kau bersyukur pergi kerja dicucuri rahmat dari Allah. Berdoa banyak-banyak masa hujan tu supaya dapat banyak rezeki kan? 

Kenapa Tak Beli Motor Besar? 

Ducati : Google Image
Semalam dalam lepas habis waktu pejabat, dalam elevator aku bagitahu Pegawai aku ni sekarang aku datang dan balik kerja naik motosikal. Boleh pulak dia cakap "Beli lah motor besar satu," motosikal berkuasa tinggi maksud dia, siap sebut jenama dan model yang aku pun dah lupa apa dia. Aku hanya tersengeh kerang busuk, dalam hati menjawab "pakai motorsikal kecil yang tak power ni pun saya dah jimat banyak, Tuan.." So, pelajarannya, jangan nak ikut sangat kehendak tapi fikirkan apa keperluannya. Panjang dah ni, Assalamualaikum...

Chapter 5: Aku Jadi Qari?

Assalamualaikum, salam Ramadhan.

Sabda Nabi SAW., "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf." (HR. Tirmidzi)

Bila datang bulan Ramadhan, kita sebagai umat Islam sangat-sangat gembira kan? Bukan hanya setakat dapat pergi bazar Ramadhan dan makan juadah berbuka yang sedap-sedap, tapi juga gembira sebab bulan inilah kita akan dapat melipat gandakan amalan kita kerana Allah dah janjikan reward yang berlipat ganda dan tawaran yang extra special untuk amalan di bulan mulia ni. Aktiviti seperti solat sunat Tarawih, dan tadarus al-Quran membuatkan pesta amalan ini menjadi tambah meriah. 

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”. (QS. 96: 1)

Tadarus Zaman Universiti

Alhamdulillah tahun ni aku ikut bertadarus bersama-sama dengan pegawai-pegawai di pejabat. Memanfaatkan waktu senggang sebelum azan Zuhur, kami bacalah al-Quran tak dapat habiskan banyak lembar pun tak apa sebab yang penting istiqamah. dan menghayati makna tadarus itu sendiri iaitu membaca, menelaah, merenung dan memahami ayat-ayat al-Quran. So, khatam berapa kali pun kalau kita tidak mendalami maksud kalam Allah tu, tak tercapai juga matlamat tadarus tu kan? Tapi kalau kita ambil inisiatif untuk membaca pun itu dah dikira sebagai ibadah.  

Teringat pula aku dengan kawan di universiti dulu, nama dia Azahiri. Dia jadi kawan aku bertadarus masa tu tapi biasalah aku ni jenis yang kurang istiqamah. Awal-awal tu masih ok, tapi bilah dah sampai tengah-tengah Ramadhan menuju ke hujung, penyakit malas mula la menyerang aku. Tapi dia, mungkin dia teruskan tanpa aku rasanya. Tempoh hari pun sempat bertegur di whatsapp, ada juga dia tanya secara berseloroh aku nak ajak dia bertadarus ka? Aku terus tersengeh kerang busuk. 

Tarannum, Seni Lagu Al-Quran

Baiklah, nak dijadikan cerita semalam lepas selesai bertadarus aku meneruskan kerja macam biasa. Then, officemate aku yang turut bertadarus bersama datang bertanya aku ni biasa baca al-Quran ka? Aku jawablah biasa. Lepas tu dia tanya "pernah masuk pertandingan tilawah?" aku pun jawablah tak pernah walaupun aku pernah masuk sekali masa sekolah rendah dulu dan menang hadiah saguhati sahaja. Aku pun tanya lah dia kenapa tiba-tiba dia tanya. Dia bagitahu jabatan tengah cari calon qari untuk wakil ibu pejabat menyertai pertandingan Tilawah alQuran peringkat jabatan. Aku pun tersengeh kerang busuk lagi sekali. 

Bukan tak mahu, tapi bacaan alQuran untuk pertandingan ni kena ada Tarannum atau seni lagu bacaan ayat-ayat Quran. So, aku pun terus terang la cakap aku tak pernah belajar Tarannum, nanti Bayyati jadi Soba, Soba jadi Hijaz, melingkup aku. Masa aku wakil sekolah dulu tu pun, yang menang saguhati tu sebab aku tak ada asas Tarannum la tu. Masa tu ustaz aku, Ustaz Raja Mahmud cuba jugak ajar aku tapi bukan senang nak master seni Tarannum dalam tempoh masa yang singkat. Bacaan aku, Alhamdulillah baik tapi dari segi tajwid sahaja sebab masa aku berguru dengan  Nenek aku dulu tajwid yang betul memang sangat ditekankan. 

Nenekku Tok Guru Quran

Baik, nak cerita jugak nenek aku dulu guru Quran tau. Kami 8 orang adik beradik daripada kak long sampai la adik aku yang bongsu masa tu semua belajar mengaji dengan nenek di rumah. Bukan kami sahaja, kebanyakan kawan-kawan sepermainan aku dan makcik-makcik yang tinggal berhampiran dengan rumah ramai yang khatam Quran dengan nenek. Harap-harap ilmu Quran yang nenek ajar tu kami semua amalkan. Nenek pun dapat pahala walaupun selepas dia meninggal dunia nanti. In shaa Allah. 

Jadi jom kita sama-sama ambil kesempatan di bulan mulia ni untuk bertadarus dan meningkatkan amal ibadat kita dan mudah-mudahan kita istiqamah walaupun dah habis bulan Ramadhan ya. Assalamualaikum dan selamat berbuka.. 

Chapter 4: Punggung City Dilanggar Kereta Peguam

"Allah is the best planner"
Belajar Usahawan Takaful 

Assalamualaikum dan selamat petang, 
Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya dan Allah tak akan menguji hambanya dengan ujian yang kita tak dapat nak atasinya. Memang, dua tiga hari yang lepas sangat tension bagi aku. Kisahnya, Sabtu lepas aku merancang untuk menyertai kelas AFT Prudential Takaful di Petaling Jaya, atas cadangan kawan yang juga agent agen insuran. Jadi, semangatlah aku keluar awal pagi supaya tak terlambat untuk ke kelas tersebut. Lagipun, kawan aku ada hantar fliers yang ada gambar intructors untuk pagi tu. Cantik cantik. Jadi tambah la semangat nak pergi kan.

Sebelum ni, aku dah sertai kelas AFT ni di Sabah, tapi memandangkan masa tu aku pun lebih tumpukan pada kerja dan kerajinan pun pada tahap yang minima, maka terbengkalai pelajaran aku untuk mendalami ilmu keusahawanan Takaful. Bila dah ditukarkan ke Putrajaya, aku rasa terbuka balik hasrat untuk belajar. Kawan aku pun bagus jugak, bagi galakan dan semangat. Tapi, sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah adalah yang terbaik. On my way to Petaling Jaya, berlaku kemalangan yang tak dapat nak dielakkan. 

Peguam dan Kereta Mewahnya

Selesai membayar duit tol, di Plaza Tol Kerinchi-Link, aku pandu perlahan tapi tiba-tiba BAM! buntut kereta aku kena langgar. Terkejut ada, bengang pun ada. Terus aku keluar dari kereta, tengok belakang kereta aku dah rabak kena langgar. Kereta yang langgar pulak bukan calang-calang kereta, BMW lagi tu. Terus aku pergi dekat dengan kereta yang langgar kereta aku tu, pemandu dia masih terkejut dan pening mungkin impak dari "air-bag". Aku pun tak tahu nak buat apa sebab perkara ni berlaku dengan cepat. Nak marah pun benda dah jadi so, baik bincang elok-elok. Bila pemandu BMW dah tenang, dia keluar dari kereta and making calls. Dia bagi aku business card dia dan bagitahu dia seorang peguam. 

Aku yang pening-pening ni pun cuba jugak nak buat panggilan kat kakak aku, or abang aku tapi cari phone dalam kereta tak jumpa. Tambah lagi stress aku. Banyak kali jugak cari tapi tak jumpa jugak tapi lepas tu baru aku teringat cermin tingkap kereta tak sempat tutup lagi lepas bayar tol semasa kemalangan tu berlaku, jadi tergerak hati nak cari kat jalan mana tahu takut terpelanting keluar. Sedihnya, memang phone Sony Xperia Z1aku tu, terpelanting kat jalan remuk gila skrin dia, sama remuk dengan hati aku masa tu. So, I end up couldn't make any call. Alone in misery. Peguam tu pulak, dalam masa beberapa minit suami dia sampai dengan menaiki kereta Audi. Hebat aku kata. 

To cut the story short, polis yang meronda masa tu tolong call towing truck, bawak kereta aku dengan aku sekali ke balai polis untuk buat report. Selesai buat report polis, jumpa IO, Sarjan Ismail, for all the legal procedures, aku suruh towing truck hantar kereta Honda City aku ke bengkel, and the lawyer who hit me and her husband, a lawyer as well, offered me a lift home. So they sent me home, we exchanged our details, I went to the workshop with my sister, and I have to do a couple of things for insurance claims and repair whatsoever. It will take some time for sure.  Sigh!

Cuti Awal Ramadhan 

Selamat Berpuasa


Memandangkan kereta aku akan ambil masa untuk dibaiki, jadi cuti awal Ramadhan yang aku rancang pada 17 dan 18 haribulan terpaksa aku batalkan. Kecewa juga lah sebab, dah berangan nak berbuka puasa dengan family. Apapun, aku anggap semua ni cubaan dari Allah untuk uji kesabaran aku. Apapun terima dengan redha dan harap-harap Allah permudahkan semua urusan aku nanti. Kepada sesiapa yang balik kampung awal Ramadhan ni, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan selamat menyambut Ramadhan alMubarak. Semoga kita semua diberikan keberkatan dan dapat beramal dengan bersungguh-sungguh di bulan yang mulia ni. Thats all for this time, have a good day ahead. Bye!